Tuesday, May 31, 2011

kisah pelangi




Bulan february ni, aku banyak habiskan masa dengan pembacaan. Di samping pembacaan untuk tugas hakiki,aku juga berpeluang membaca untuk perkara - perkara lain.





Dalam banyak - banyak pembacaan, aku tertarik dengan suatu petikan. Ia membuat aku berfikir berulang kali dan cuba memahaminya dari pelbagai sudut.





A mother who always taught her children that "God is the greatest artist there is" found out that children really do listen sometimes. After a dark and rainy day, the sun came out and so did a rainbow. When her three-years-old-saw it, she said, "I'm so glad God likes to paint!"





Kebetulan, beberapa minggu sebelum tu, seseorang telah memberitahu aku, kadangkala Tuhan sembunyikan matahari, Dia turunkan petir dan hujan. Kita menangis dan tertanya - tanya ke mana hilangnya matahari. Rupa - rupanya Dia nak memberikan kita hadiah iaitu pelangi.





Apa yang dapat aku selami, kadangkala kita resah bila sesuatu ujian dan dugaan melanda. Merungut dan mengatakan diri bernasib malang. Tapi sebenarnya kita tak tahu apa yang bakal menanti kita.





Pengalaman aku sendiri, sebelum masuk sekolah seksyen3, aku selalu juga merungut kenapa susah sangat nak dapat masuk sekolah balik ni (hampir 2 bulan setengah), tapi Alhamdulillah 'pelangi' itu muncul tepat pada masanya. Alhamdulillah!

No comments:

Post a Comment